Kelas MS Office (Power Point)

8 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Disember 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang yang berkolaborasi dengan Pusat Internet Kpg Bandung telah mengadakan kelas Microsoft Word (Power Point). Kelas ini telah dijalankan selama 2 jam iaitu dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Seramai 9 orang peserta telah menghadiri kelas ini yang terdiri daripada 1 orang lelaki dan 8 orang peserta perempuan. Kebanyakan peserta yang mengikuti kelas ini adalah kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan MS Office (Power Point) di kalangan peserta. Peserta adalah diminta untuk mencipta sebuah permainan ‘Maze Game’ menggunakan Power Point. Kelas juga di ajar dengan penggunaan power point mengikut kreativiti peserta dalam mencipta ‘Maze Game’ sendiri yang mendedahkan fungsi animasi, bentuk, hyperlink serta lain lain.

Pada akhir kelas ini, kesemua peserta dapat menyiapkan “Maze Game” sendiri menggunakan Power Point yang ditukar format kepada Power Point Show. Kesungguhan peserta dalam menyiapkan kerja mereka sangat memberansangkan dan kesemuaan peserta sangat mengambil perhatian sepanjang kelas berlansung. Hasil kolaborasi PI Rantau Panjang dan PI Kpg Bandung amat lah memberansangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali